Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Slot yakin Liverpool tetap utuh tanpa Isak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isak.jpg
Arne Slot menegaskan Liverpool sedia mempertahankan mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun mereka gagal mendapatkan sasaran utama Alexander Isak.

The Reds sedar mereka akan menuju ke St James's Park, awal pagi esok, dan Slot bersedia untuk merasai kemarahan penuh penduduk tempatan yang berang dengan keazaman Isak berpindah.

Masih belum jelas sama ada Liverpool akan kembali dengan tawaran baru sebelum jendela perpindahan ditutup tetapi tanpa mengira bagaimana kesudahannya, Slot yakin dia akan mempunyai pilihan penyerang yang mencukupi untuk membolehkan pasukannya berjaya.

Pemerhatian itu akan menimbulkan kemarahan sesetengah pemerhati, yang percaya kecederaan kepada Hugo Etikite, Mo Salah atau Cody Gakpo akan memudaratkan – itu pun tanpa menyebut fakta Salah boleh terlepas tujuh perlawanan apabila dia pergi ke Piala Negara-Negara Afrika.

Slot, bagaimanapun, yakin persiapan Liverpool tetap berjalan lancar setelah menyambar Florian Wirtz yang mempunyai kapasiti untuk bermain sebagai penyerang tengah.

"Ia bergantung bagaimana anda mahu melihatnya," katanya. 




"Jika anda mahu menambah Florian Wirtz sebagai senarai penyerang maka anda boleh menjadikannya lima. Jadi ya, kami telah menjual Darwin Nunez dan membawa masuk Hugo. Lucho telah pergi, anda mungkin boleh melihat Florian sebagai penggantinya. 

"Ya, kita semua tahu apa yang berlaku kepada Diogo (Jota). 

"Mungkin pilihan kami belum cukup tetapi apabila Jeremie Frimpong cergas, dia juga pastinya pilihan untuk bermain sebagai pemain sayap jadi kami mempunyai enam penyerang!"
Football

Upgrade Game Anda ke Level EPL!

Semangat EPL membara? Lengkapkan setup gaming anda dengan aksesori padu ini — main lebih lancar, lebih seronok dengan kawan.


Grab Gear EPL Anda Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video