Arne Slot menolak tanggapan Arsene Wenger bahawa memberikan Florian Wirtz peranan sebagai pemain nombor 10 telah merencatkan bahagian tengah Liverpool.
Sebaliknya, pengurus The Reds itu menegaskan bahawa pemain bernilai £116 juta (RM637.6j) tersebut sedia menonjolkan bakatnya di mana sahaja posisi yang diberikan oleh juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Wirtz menghasilkan prestasi mengagumkan ketika mengisi posisi sayap kiri dalam kekalahan Liga Juara-Juara (UCL) kepada Real Madrid pada Rabu lalu setelah bergelut untuk memberi impak di bahagian serangan tengah.
Permulaan sukar pemain antarabangsa Jerman itu dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) -- belum menghasilkan sebarang gol mahupun bantuan jaringan sebelum bertandang ke Manchester City (Isnin ini) -- secara tidak langsung mendorong penilaian yang mengecewakan oleh Wenger yang turut membandingkan situasinya mirip bekas anak buahnya, Mesut Ozil.
"Setiap orang berhak atas pendapat mereka sendiri," kata Slot mengenai Wenger.
"Kami mempunyai lima atau enam pemain tengah yang sangat bagus yang semuanya boleh bermain bersama dan mereka perlu beraksi bersama dengan lebih kerap lagi bagi mendapatkan yang terbaik daripada setiap pemain.
"Florian memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukannya dan begitu juga sebaliknya.
"Ketika ini dia mengisi posisi kiri tetapi jika bukan sekarang, lambat-laun dia akan memperagakan persembahan yang hebat sebagai pemain tengah untuk Liverpool."
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat