Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Salah atasi rekod sepanjang zaman Thierry Henry, Erling Haaland

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah_1.jpg
Mohamed Salah meraikan kontrak barunya di Liverpool dengan satu bantuan jaringan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas West Ham United, kelmarin, dan secara tidak langsung mengatasi rekod yang dikongsi Thierry Henry dan Erling Haaland.

Pemain Mesir itu menghasilkan satu hantaran menarik yang melintasi kotak penalti  lawan sebelum peluang berkenaan disambar oleh Luis Diaz.

Dia kini terlibat dalam 45 gol kelabnya untuk musim ini bagi mengatasi rekod 44 bantuan jaringan yang dihasilkan Henry dan Haaland selepas 38 perlawanan.



 



Salah kini mengumpul 27 gol dan 18 bantuan jaringan dalam 32 penampilan liga pada 2024/25, dengan enam masih berbaki untuk beraksi ketika Liverpool hanya memerlukan enam mata untuk mengesahkan kejuaraan.

Rekod 18 bantuan jaringannya adalah yang keempat terbanyak daripada mana-mana pemain dalam musim Liga Perdana, di belakang hanya Henry (20, 2002/03), Kevin De Bruyne (20, 2019/20) dan Mesut Ozil (19, 2015/16).

Ini bermakna jika Salah menjadi arkitek kepada tiga gol lagi dalam enam perlawanan terakhirnya, maka dia akan mencipta satu lagi rekod baru untuk liga utama Inggeris.

 
Pemain berusia 32 tahun itu telah menjaringkan 32 gol dan 23 bantuan dalam 46 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.



Sementara itu, kapten The Reds, Virgil van Dijk yang menghasilkan 18 jaringan turut memintas John Terry (17 gol) untuk gol tandukan terbanyak oleh pertahanan dalam Liga Perdana.
 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video