Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ruben Amorim puas hati Manchester United tewas melawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ruben.jpg
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, tetap berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang beraksi dengan penuh kompetitif meskipun tewas 0-1 kepada Chelsea menjelang perlawanan akhir Liga Europa (UEL), Khamis depan.

United tewas di Stamford Bridge hasil tandukan kencang Marc Cucurella pada minit ke-71, meskipun mempunyai beberapa peluang untuk mengubah naratif perlawanan ketika menentang The Blues.

Malah, gol pendahuluan yang cantik dijaringkan Harry Maguire pada babak separuh masa pertama turut dibatalkan oleh (Video Bantuan Pengadil (VAR) susulan berada dalam posisi ofsaid.

Kegagalan United mendapatkan kemenangan merupakan kekalahan ke-18 mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dan catatan rekod terburuk sejak mereka tewas 20 kali pada musim 1973/74.

Kekalahan itu juga merupakan kali kedua skuad The Red Devils mengalami tiga kekalahan berturut-turut sejak Ruben Amorim mengambil alih Manchester United.

Bagaimanapun, pengendali United itu tampak positif menjelang perlawanan akhir UEL menentang Tottenham Hotspur pada Khamis.

"Saya rasa kami bermula dengan sangat baik dan tampil memberi tentangan, namun nasib tidak menyebelahi kami. Kami cuba sehabis baik untuk cari peluang dan mendapatkan jaringan."

"Kami perlu bersedia untuk setiap perlawanan dan saya lihat kesemua pemain berada dalam keadaan baik. Dengan baki lima hari sebelum tiba perlawanan akhir, mereka boleh berehat serta melakukan persediaan yang rapi."

Advertisement

Must Watch Video