Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Ratcliffe tonton perlawanan seri Manchester United

skysports-sir-jim-ratcliffe_6421419.jpg

Tottenham bangkit dari ketinggalan dua kali dalam pertemuan Liga Perdana yang mendebarkan untuk menafikan kemenangan Manchester United di hadapan pemilik bersama baharu, Sir Jim Ratcliffe.

Ratcliffe, yang menghadiri perlawanan pertamanya sejak cadangan pembelian 25% kelab zaman kanak-kanaknya itu disahkan pada malam Krismas, berkata terlebih dahulu bahawa dia "sangat teruja" untuk berada di sana.

Dan dia melihat Rasmus Hojlund memacu United untuk mendahului pada minit ketiga perlawanan.

Tetapi ada penegasan diluahkan sebelum perlawanan di mana Ratcliffe berkata bahawa United "biasanya bermain dengan baik ketika menentang Spurs, namun tidak pasti untuk hari ini,”

Penyerang Brazil, Richarlison menyamakan kedudukan dengan gol keenamnya dalam banyak perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk pasukan pelawat, yang tanpa tiga pemain, termasuk kapten Son Heung-min yang kini berada di Qatar bersama pasukan kelahirannya, Korea Selatan bagi saingan Piala Asia 2023.

Marcus Rashford meletakkan tuan rumah di hadapan sebelum rehat, tetapi Rodrigo Bentancur memadamkan kelebihan seminit selepas perlawanan dimulakan semula dengan rembatan padunya, sekaligus berjaya cetak gol pertamanya sejak April lalu, di mana kini dia telah pulih daripada kecederaan ligamen lutut dan masalah buku lali.

Selebihnya permainan akan menjadi pembelajaran buat Ratcliffe, yang duduk di sebelah Sir Alex Ferguson dalam kotak pengarah.

United mempunyai penguasaan bola kurang daripada 40%, dengan sembilan percubaan berbeza dengan Tottenham yang punya 16 percubaan dan hanya satu pertiga daripada enam percubaan pelawat tepat kepada sasaran.

Advertisement

Must Watch Video