LIGA INGGERIS
EPL: Potter puji persembahan Kepa ketika benam Aston Villa
ASTON VILLA 0 CHELSEA 2
Pengurus Chelsea, Graham Potter, berkata Aston Villa membuat pasukannya menderita tetapi memuji aksi tangkas penjaga gol, Kepa Arrizabalaga, sewaktu memastikan kemenangan 2-0 mereka dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
The Blues meneruskan rekod tanpa kalah mereka di bawah bimbingan bekas pengurus Brighton and Hove Albion itu menerusi gol berganda Mason Mount di Villa Park.
Iklan
Bagaimanapun, pasukan pelawat itu berdepan beberapa momen getir, terutama menerusi serangan balas lawan bimbingan Steven Gerrard berkenaan sepanjang babak pertama, di mana Kepa melakukan siri aksi menyelamat menakjubkan bagi menafikan setiap peluang lawan.
Mengambil alih posisi penjaga gawang utama pada penghujung era Thomas Tuchel bagi menggantikan Edouard Mendy yang mengalami kecederaan, pemain Sepanyol itu telah mempamerkan prestasi luar biasa bagi memperkukuhkan tempatnya dan Potter tidak teragak-agak untuk mengakui bahawa Kepa merupakan kunci kemenangan pasukannya.
"Ia perlawanan yang sukar," kata Potter kepada Sky Sports.
— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 16, 2022"Aston Villa membuatkan kami menderita, terutama dalam babak pertama walaupun kami mendahului.
"Mereka meletakkan kami dalam tekanan dan penjaga gol kami banyak melakukan aksi menyelamat terbaik.
"Ia persembahan berkelas dunia, terutama dalam babak pertama.
"Saya amat gembira dengannya. Dia beberapa kali melalui waktu sukar bagi pihak kami tetapi dia memberikan sumbangan terbesar dalam perlawanan ini," katanya.
Must-Watch Video