Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp berakhir Liverpool seri dengan Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mykhailo-mudryk_.jpg
LIVERPOOL 0 CHELSEA 0

Dua pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang bergelut, Liverpool dan Chelsea, sekadar seri tanpa jaringan di Anfield, dalam aksi yang juga merupakan perlawanan ke-1,000 Jurgen Klopp sebagai pengurus.

Kedua-dua kelab itu kini sedang bergelut di kelompok pertengahan liga dan keputusan kali ini langsung tidak membantu mereka untuk mengejar kelompok empat teratas.

Kai Havertz menjangkakan dirinya telah meletakkan Chelsea di depan seawal minit ketiga sebelum video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia terlebih dahulu berada di kedudukan ofsaid untuk jaringan itu dibatalkan, sambil Benoit Badiashile pula terlepas peluang keemasan tidak lama selepas itu.

Pemain baru, Mykhailo Mudryk, melakukan penampilan pertamanya bersama Chelsea dalam babak kedua dan kerap memberikan ancaman tetapi masih belum dapat memecahkan kebuntuan jaringan.
 
Havertz menyumbat masuk bola dari jarak dekat susulan percubaan awal Thiago Silva yang terkena tiang tetapi kaki kirinya didapati berada di posisi ofsaid.

Liverpool, yang menurunkan Stefan Bajcetic buat kali pertama untuk beraksi selama 90 minit, sekali lagi bernasib baik apabila tandukan dari jarak dekat Badiashile terlalu hampir dengan Alisson.

Pelawat kemudian memasukkan Mudryk sebelum sejam permainan, di mana Cody Gakpo sebelum itu menghasilkan siri percubaan yang tersasar dari gawang Chelsea.

Mudryk memberikan impak segera menerusi gerakan licik dan larian pantasnya tetapi ia masih belum cukup untuk memberikan jaringan buat Chelsea, sekali gus memaksa kedua-dua pasukan akur dengan pungutan satu mata di Anfield,
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 17 of 38
Sabtu, 20 Dis
08:30 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
West Ham United-team-logo West Ham United
Ahad, 21 Dis
01:30 AM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Liverpool-team-logo Liverpool
04:00 AM
Everton-team-logo Everton
Arsenal-team-logo Arsenal
04:00 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Isnin, 22 Dis
12:30 AM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Manchester United-team-logo Manchester United
Selasa, 23 Dis
04:00 AM
Fulham-team-logo Fulham
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest

Must Watch Video