Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Perebutan kejuaraan liga buat Arsenal sudah berakhir -- Paul Merson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal.jpg
Bekas pemain tengah Arsenal, Paul Merson, percaya bahawa Liverpool sudahpun memastikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Arsenal sekali lagi tercicir mata dalam perlawanan menentang Manchester United, awal pagi tadi.

Merson turut berpandangan Arsenal kini berdepan isu yang lebih besar daripada sekadar perebutan takhta liga, terutamanya dalam usaha memastikan tempat ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) ketika kempen liga semakin menghampiri penghujungnya.

Sementara itu, pasukan kendalian Arne Slot bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Southampton, sekali gus melebarkan jurang kepada 16 mata sebelum pertembungan Arsenal dan United di Old Trafford nanti.

Dalam aksi tu, United mendahului menerusi sepakan percuma Bruno Fernandes, namun gol penyamaan Declan Rice pada minit ke-74 memastikan kedua-dua pasukan akur berkongsi satu mata. 

 

Walaubagaimanapun, keputusan itu tidak memberikan kelebihan kepada Arsenal dalam perebutan kejuaraan.

"Pasukan di tangga kelima kini lebih hampir dengan Arsenal berbanding pendahulu liga.

"Pada pandangan saya, Arsenal perlu fokus untuk kekal di kelompok empat teratas kerana mereka sudah terlalu jauh dengan pendahulu liga. 

"Liverpool perlu tewas hampir separuh daripada baki perlawanan mereka, sedangkan mereka hanya kalah sekali sepanjang musim ini. 

"Bagi saya, perebutan kejuaraan sudah tamat." katanya.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video