Erik ten Hag percaya Manchester United kini lebih mudah untuk menandatangani pemain baru menjelang musim panas ini walaupun terdapat ketidakpastian mengenai pemilikan baru kelab itu.
Ten Hag mengakui dia berdepan kesukaran untuk meyakinkan pemain menyertai United sepanjang jendela perpindahan pertamanya bersama kelab itu walaupun berhasil memujuk Casemiro meninggalkan Real Madrid untuk ke Old Trafford selain beberapa pemain lain seperti Christian Eriksen, Antony, Lisandro Martinez dan Tyrell Malacia.
United sedar mereka perlu sekali lagi aktif dalam pasaran pemain bagi mendapatkan seorang penjaring gol untuk mengurangkan bebanan Marcus Rashford -- yang berkemungkinan besar tidak dapat beraksi menentang Wolves malam ini kerana kecederaan -- selain seorang pemain tengah, pertahanan kanan dan penjaga gol baru.
Dengan keluarga Glazer masih belum memilih pihak mana yang akan mengambil alih kelab di Old Trafford itu, terdapat banyak persoalan mengenai hala tuju pasukan itu tetapi Ten Hag percaya dia mempunyai sesuatu untuk menarik minat pemain menyertai The Red Devils.
Kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan juga masih belum ada kepastian tetapi dengan kejayaan memenangi Piala Liga Inggeris (EFL) dan akan bersaing dalam final Piala FA, Ten Hag menegaskan pemain kini akan berebut untuk menyertai Manchester United.
"Saya dapat lihat perbezaan yang besar berbanding musim lalu. Terdapat banyak alasan sewaktu saya bercakap dengan pemain pada tahun lalu dan kini, ramai pemain sudah dapat lihat projek ini, apa yang sedang berlaku, dinamik dan hala tuju projek ini, terutama kualitinya. Mereka kini mahu datang ke sini, saya dapat lihat perkara itu.
"Terdapat banyak keraguan ketika kami mendekati pemain tahun lalu. Tahun ini, ramai pemain berkualiti yang benar-benar mahu datang ke sini," katanya.

Which two of these clubs will finish in the top four? ? pic.twitter.com/hqI9EnPsaK
— Premier League (@premierleague) May 12, 2023