CHELSEA 2 LIVERPOOL 1
Arne Slot percaya hanya jurang kecil yang memisahkan Liverpool dengan Chelsea dalam pertembungan di Stamford Bridge, awal pagi tadi, yang menyaksikan Liverpool tumbang buat kali ketiga dalam tempoh seminggu.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) tumpas 1-2 kepada Chelsea menerusi penyudah pemain Brazil, Estevao Willian, untuk menyempurnakan aksi mendebarkan itu melalui tambahan masa.
Chelsea mendahului menerusi gol Moises Caicedo dalam separuh masa pertama tetapi Cody Gakpo menyamakan kedudukan buat Liverpool pada minit ke-63.
Namun, pemain sensasi remaja, Estevao, memilih untuk mencuri tumpuan pada saat-saat akhir.
"Selepas kami menjadikan kedudukan 1-1, permainan berjalan lancar dan kami memburu gol kedua," kata pengurus The Red itu.
"Mungkin kami tidak membuat keputusan yang tepat di penghujung 10-15 minit permainan.
"Sekali lagi jurang kecil berlaku sebagaiman sepanjang saya berada di sini. Sama seperti minggu lalu, kami mengharungi dua perlawanan di tempat lawan yang sukar, nasib tidak menyebelahi kami.
"Kami mencipta lebih banyak peluang berbanding pihak lawan -– Crystal Palace dan Chelsea -– tetapi hakikatnya kami hanya mampu merakamkan satu gol dalam kedua-dua perlawanan dan lawan kami pula sebaliknya menjaringkan dua gol."
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang