Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Mereka Ada Masalah -- Kebimbangan penjaga gol terus hantui Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amorim-bayindir.jpg
Ruben Amorim membuat percaturan besar di posisi penjaga gol pada dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Old Trafford awal pagi tadi. 

Bagi kebanyakan pemerhati, ia ternyata memakan diri.

Pengendali Manchester United itu memilih Altay Bayindir berbanding Andre Onana yang sudah cergas semula, namun kesilapan awal penjaga gol Turki itu menjadi punca utama kekalahan 1-0 di tangan Arsenal di Old Trafford.

Masa depan Onana di kelab masih menjadi perbincangan hangat sepanjang musim panas ini. Walaupun Amorim terus mempertahankan barisan penjaga golnya, posisi nombor satu United kembali dipersoalkan.

Seorang pegawai United sebelum ini mengakui hakikat sebenar proses pembinaan semula pasukan.

“Kalau kita beli penyerang, orang akan tanya kenapa tidak beli pemain tengah. Kalau kita beli pemain tengah, mereka akan tanya kenapa tidak dapatkan penjaga gol. Kita tidak boleh buat semua sekali gus.”

Hakikatnya, United memilih untuk menumpukan perbelanjaan £200 juta musim panas ini kepada jentera serangan yang dirasakan paling perlu diperkukuh. Hasilnya, barisan depan United kelihatan lebih berbahaya berbanding musim lalu – dengan gaya permainan penuh semangat Matheus Cunha mencuri hati penyokong, manakala Bryan Mbeumo menunjukkan kualiti yang membolehkannya menjaringkan 20 gol liga bersama Brentford musim 2024-25.

Namun, meskipun serangan lebih bertenaga, kegagalan mencari gol penyamaan akhirnya dibayangi oleh kesilapan Bayindir. Penjaga gol itu gagal menepis kemas sepakan sudut Declan Rice pada minit ke-13, sebaliknya hanya menolak bola ke arah garisan gol sebelum disambar Riccardo Calafiori untuk jaringan tunggal perlawanan.

 
Adidas Shoes

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda

Dengan kasut bola Adidas, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.


Level Up Game Anda

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video