Ruben Amorim merasakan kemajuan dalam soal kebebasan, fizikal dan keyakinan berhubung permainan Manchester United berbanding musim lalu.
The Red Devils dalam usaha membentuk semula skuad itu musim panas selepas kekalahan kepada Tottenham dalam final Liga Europa, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka dalam tempoh 51 tahun.
Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko yang dibawa masuk untuk mengharungi pramusim -- tanpa kalah -- menawarkan persembahan yang memberangsangkan dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Arsenal, minggu lalu.
Biarpun kesilapan penjaga gol, Altay Bayindir, menyaksikan United tumbang 0-1, namun Amorim berbesar hati dengan tahap persembahan dan teruja mendapatkan gambaran yang lebih besar menjelang kunjungan ke Fulham, malam ini.
"Saya fikir anda boleh melihat tahap keyakinan kami yang lebih baik," kata pengurus itu.
"Saya rasa pasukan kini lebih bebas untuk bermain dan ia adalah sesuatu yang saya saksi sepanjang perlawanan sejak kami memulakan musim ini, jadi itu adalah satu perkara yang baik.
"Tetapi setiap minggu adalah ujian dan kami perlu menonjolkkannya.
"Akhirnya kami tidak boleh kawal keputusan tetapi kami perlu melakukan segala yang terdaya demi memenangi perlawanan.
"Namun, pokoknya kami perlu konsisten dalam perkara kecil dan perkara penting."
Grab Gear EPL Anda Sekarang!

Shots and saves at Carrington ??? pic.twitter.com/4LuRjFFz4s
— Manchester United (@ManUtd) August 23, 2025
"Tetapi setiap minggu adalah ujian dan kami perlu menonjolkkannya.
"Akhirnya kami tidak boleh kawal keputusan tetapi kami perlu melakukan segala yang terdaya demi memenangi perlawanan.
"Namun, pokoknya kami perlu konsisten dalam perkara kecil dan perkara penting."

Upgrade Game Anda ke Level EPL!
Semangat EPL membara? Lengkapkan setup gaming anda dengan aksesori padu ini — main lebih lancar, lebih seronok dengan kawan.
Grab Gear EPL Anda Sekarang!