Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Luton Town bukti bukan calon relegasi!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

newcastle.jpg
“Confirm relegasi ni musim depan.” Itu antara dialog yang sering dilontarkan peminat setia Liga Perdana Inggeris (EPL) susulan kejayaan Luton Town diumumkan selaku pasukan ketiga layak beraksi di saingan EPL musim ini.

Mungkin ada benarnya merujuk kepada aksi awal musim pasukan yang sering pulang hampa tanpa mata, namun semangat mereka menginjak tahun 2024 memang cukup luar biasa!

Sinonim dengan panggilan manja ‘The Hatters’, pasukan kendalian Rob Edwards ini masih belum keciciran mata sejak aksi awal tahun dengan terbaru mengikat Newcastle United 4-4 di St. James Park.

Empat jaringan diledak Gabriel Osho, Ross Barkley, Carlton Morris juga Elijah Adebayo hampir meranapkan impian The Magpies yang buntu ketinggalan 4-2 di minit ke-63 permainan, mujur Kieran Trippier dan juga Harvey Barnes menggunakan sebaiknya azimat pemain ke-12 mereka untuk menjadikan keputusan seri.

Kejayaan meraih satu mata ini benar-benar penting buat Luton yang kian menjarakkan kedudukan dari zon relegasi yang terus dihuni dua lagi kelab yang turut membuat kemunculan semula di pentas EPL musim ini.

Sememangnya masih terlalu awal untuk kita menilik nasib sebenar Luton kerana apa yang dipamerkan mereka lewat hari ini cukup menggambarkan bahawa The Hatters masih miliki sisa kemampuan untuk terus cipta kejutan dan siapa tahu mampu tembusi kelompok 10 terbaik liga!!

Sesuai dengan artikel di BBC Sports, ‘Fun to watch’ – Luton go from relegation favourites to entertainers! Sememangnya Luton bukanlah calon relegasi sebenar!

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video