Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Liverpool sambut pesta kejayaan pada 26 Mei depan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

liverpool-win-epl.jpg
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 2025/25, Liverpool, telah mengumumkan penganjuran perarakan kemenangan bakal disambut secara besar-besaran pada 26 Mei ini.

Pengumuman rasmi itu dibuat oleh pengurusan kelab sebagai membalas budi kepada penyokong yang tidak putus memberikan sokongan bagi merealisasikan impian menjulang trofi kejuaraan buat kali ke-20.

Sebelum ini pada musim 2019-2020, ketika The Reds muncul juara, sambutan tidak dapat dilakukan bersama penyokong kerana situasi dunia yang dilanda pandemik Covid-19.

Menurut kenyataan kelab, perarakan sejauh 15 kilometer (km) itu akan bermula pada jam 2.30 petang waktu tempatan dan dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima jam.

“Perarakan ini bukan sekadar meraikan kejayaan bola sepak, ia melambangkan semangat perpaduan, kebanggaan dan perjuangan komuniti liverpool,” kata pemimpin Majlis Bandaraya Liverpool, Liam Robinson.

Robinson turut memaklumkan bahawa persiapan rapi telah dimulakan beberapa bulan lalu berdasarkan pendekatan yang terbukti berjaya semasa penganjuran pertandingan lagu Eurovision 2023 sebelum ini.

Advertisement

Must Watch Video