Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

EPL: Liverpool bazir kelebihan sebelum akur seri dengan Arsenal

taa_1.jpg
Arsenal bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengikat perlawanan 2-2 ketika bertemu Liverpool di Anfield dalam aksi Liga perdana Inggeris, di sebalik menamatkan perlawanan dengan 10 pemain berikutan kad merah dilayang kepada Mikel Merino.

Arsenal, yang masih lagi bersaing untuk menamatkan saingani di tempat kedua, memberikan penghormatan kepada Liverpool sebelum sepak mula dan seperti memberikan jalan mudah buat The Reds.

Dua gol yang diledak dalam tempoh 87 saat membenarkan Liverpool mendahului menerusi Cody Gakpo pada minit ke-20 sebelum Luis Diaz menggandakan kelebihan.

Bagaimanapun, Arsenal bangkit selepas separuh masa, dengan Gabriel Martinelli menanduk masuk hantaran silang Leandro Trossard pada minit ke-47 sebelum Merino menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Merino tidak dapat menghabiskan perlawanan berikutan dua terjahan keras terhadap Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai menyaksikan dia dilayangkan dua kad kuning ketika permainan berbaki 11 minit.

Arsenal bertahan  sehingga tamat permainan dan menyaksikan Liverpool terpaksa meratapi keputusan seri di laman sendiri.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video