Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Leicester sah lantik Smith selaku pengurus ganti Rodgers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dean-smith.jpg
Leicester City mengesahkan pelantikan Dean Smith selaku pengurus bru kelab itu bagi jangka masa singkat sehingga penghujung musim ini.

Pengurus Inggeris itu, yang sebelum ini mengemudi Aston Villa dan Norwich City, tiba di Stadium King Power untuk menggantikan Brendan Rodgers secara interim sebelum ini.

Dengan The Foxes kian bergelut dalam zon penyingkiran daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), tugas utamanya adalah untuk memastikan mereka dapat kekal dalam liga divisyen utama itu berbaki hanya lapan perlawanan musim ini.

Smith akan turut disertai bekas penolongnya di Aston Villa, John Terry, dan bekas jurulatih Norwich, Craig Shakespeare, yang sebelum ini pernah bertindak sebagai pengurus Leicester sewaktu Claudio Ranieri meninggalkan pasukan itu pada 2017.

"Saya amat gembira mendapat peluang untuk mengetuai pasukan ini bagi beberapa minggu terakhir musim ini," kata Smith dalam laman web rasmi pasukan itu.

"Cabaran di depan kami amat jelas tetapi ia sesuatu yang saya dan pasukan kejurulatihan saya pernah lalui sebelum ini dan dengan kualiti yang dimiliki skuad ini dan baki perlawanan yang tinggal, ia sesuatu yang amat boleh untuk dicapai," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video