Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Kemenangan Chelsea buat pengurus Forest hilang jawatan dengan bersejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ange-perotoglu.jpg
FOREST 0 CHELSEA 3 

Era Ange Postecoglou sebagai pengurus Nottingham Forest berakhir dengan kekalahan 0-3 kepada Chelsea awal pagi tadi, sambil Arsenal kekal di puncak hasil kemenangan Leandro Trossard di Fulham.


Postecoglou dipecat selepas hanya mengendalikan lapan perlawanan dan 40 hari berkhidmat di City Ground, secara tidak langsung menjadikannya tugas pengurusan paling singkat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Forest hanya mengutip satu mata daripada lima perlawanan liga sepanjang kendalian Australia itu selain turut disingkirkan daripada Piala Liga Inggeris (EFL) oleh kelab divisyen dua, Swansea.

Pemilik kelab Evangelos Marinakis meninggalkan tempat duduknya ketika Chelsea mendominasi separuh masa kedua dan nasib Postecoglou disahkan tidak lama sejurus wisel penamat.

Forest menduduki tempat ketujuh EPL musim lalu di bawah kendalian Nuno Espirito Santo sambil pengurus Fulham, Marco Silva, turut dikaitkan dengan tugas bersama juara Eropah dua kali itu termasuk bekas pengurus Burnley dan Everton, Sean Dyche.

 

Chelsea terpaksa bertahan daripada serangan awal sebelum dua gol dalam masa tiga minit awal babak kedua memihak kepada The Blues. 

Pemain remaja, Josh Acheampong, menanduk masuk jaringan senior pertamanya menerusi sepakan sudut Pedro Neto. Neto melengkung sepakan percuma untuk menggandakan pendahuluan Chelsea sebelum Reece James menambah gol ketiga pada lewat permainan untuk melonjakkan pelawat ke tangga keenam, manakala Forest tergelincir ke zon penyingkiran.

 
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video