LIVERPOOL 3 FOREST 0
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata masih ada ruang untuk diperbaiki selepas anak buahnya melakar kemenangan 3-0 di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest, malam tadi.
Diogo Jota dan Darwin Nunez menjaringkan gol dalam tempoh empat minit sebelum rehat untuk meletakkan Liverpool dalam kawalan dan Mohamed Salah menjaringkan gol liga kelapannya musim ini dalam separuh masa kedua.
Skuad kendalian Klopp itu mencatatkan lima kemenangan liga di Anfield musim ini untuk yang kelapan berturut-turut dalam semua pertandingan dan mengekori pendahulu, Tottenham, dengan tiga mata.
Klopp berkata: “Jika anda menghambat permainan, ia jelas satu tugas yang berbeza tetapi jika anda berada dalam kawalan sepenuhnya maka anda harus kekal dalam kawalan.
“Saya fikir menuju lima minit terakhir babak pertama, tiba-tiba kami agak bertahan dan mereka mendapatkan bola dari segenap arah jadi ini adalah detik yang perlu kami perbaiki.
"Dalam situasi kreatif anda sentiasa boleh meningkatkan kerana anak buah saya berpotensi besar dan kami perlu menggunakannya sepenuhnya."