EPL
EPL: Jaringan Bruno Fernandes selamatkan Erik ten Hag dan Man United
Jaringan masa kecederaan Bruno Fernandes ketika membuat penampilan ke-200 untuk kelab memastikan kemenangan 1-0 Manchester United ke atas Fulham di Craven Cottage.
Ketika United melewati keputusan mengecewakan dalam dua perlawanan terdahulu, memaksa Erik ten Hag semakin hampir menemui jalan keluar. Dua kekalahan berturut-turut dengan keputusan 3-0 menyaksikan kemenangan amat penting buat pengendali The Red Devils itu, dengan pasukannya kelihatan sudah memperoleh jaringan pendahuluan seawal minit kelapan apabila Scott McTominay menampan masuk hantaran Alejandro Garnacho.
Bagaimanapun, selepas VAR menyemak semula jaringan tersebut menyaksikan pengadil perlawanan, John Brooks, membatalkannya kerana Harry Maguire berada dalam kedudukan ofsaid ketika United melancarkan serangan.
Iklan
Bagi skuad kendalian Marco Silva, hanya kekal tanpa sebarang jaringan dalam separuh masa pertama di laman sendiri bagi saingan Liga Perdana Inggeris, menyaksikan pelawat yang kelihatan bergelut sepanjang perlawanan.
Ketika perlawanan menghampiri penamat tanpa sebarang jaringan, detik-detik yang dinantikan oleh penyokong setia United akhirnya kunjung tiba, kapten pasukan, Fernandes, yang tenang mengawal bola di luar kotak penalti, melepaskan rembatan yang gagal ditampan keluar penjaga gol tuan rumah, Bernd Leno.
Kekalahan tuan rumah menyaksikan mereka tanpa sebarang kemenangan dalam lima perlawanan sementara tiga mata yang diperoleh United membuka lembaran baru buat Ten Hag membentuk kebangkitan pasukannya bagi musim ini.
Must-Watch Video