Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Hojlund pastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan

hojlund.jpg
Manchester United 3-2 Newcastle United

Manchester United memastikan harapan untuk mereka bermain di saingan peringkat Eropah terus menyala selepas berjaya melakar kemenangan 3-2 ke atas Newcsatle United dalam perlawanan terakhir mereka di laman sendiri, awal pagi tadi.

Amad Diallo menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk meletakkan The Red Devils mendahului 2-1 dalam separuh masa kedua, sebelum Rasmus Hojlund masuk untuk melengkapkan mata dengan jaringan kemenangan pada minit ke-84.


 

Kobbie Mainoo lebih awal menjaringkan gol pembukaan selepas setengah jam perlawanan, walaupun United diikat kembali dalam awal babak kedua menerusi jaringan Anthony Gordon.
 

Advertisement

Must Watch Video