Haaland menjaringkan gol berganda ketika Manchester City menewaskan Southampton 4-1 di Stadium St. Mary awal pagi tadi untuk pasukannya merapatkan jurang kepada lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, yang akan bertemu Liverpool lewat malam ini.
Gol keduanya, melalui satu gerakan akrobatik gemilang, memastikan Haaland mendaftarkan 44 gol dalam kesemua kejohanan menerusi musim pertamanya di England untuk kini menyamai rekod jaringan terbanyak bagi satu musim EPL yang dilakukan Ruud van Nistelrooy (2002-03) dan Mohamed Salah (2017-18).
Daripada jumlah itu, 30 daripadanya dihasilkan dalam EPL dan Guardiola tidak keberatan untuk memuji penyerang prolifiknya itu dengan meletakkan Haaland sebaris dua legenda bola sepak moden, Messi dan Ronaldo.
Southampton 1-4 Man City
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) April 8, 2023
Kevin De Bruyne reaches 100 PL assists.
Erling Haaland reaches 44 goals in all comps for the season - a joint record for a PL player.
Man City hunting Arsenal down.
All eyes on Anfield tomorrow ? pic.twitter.com/e1p7gN8Vd1
"Gol keduanya amat luar biasa," kata pengurus City itu kepada BBC's Match of the Day.
"Bukan mudah untuk mendapatkan bola di udara dan mendorongnya ke tanah.
"Bakatnya amat-amat bagus. Kami memerlukannya. Separuh masa pertama bukanlah tahap terbaik kami tetapi kami kemudian mengubah cara permainan kami.
"Sebagai penjaring terbanyak, kita melalui dekad yang luar biasa bersama Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tetapi dia kini sudah di tahap itu.
"Dia menjaringkan banyak gol," katanya.