Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Haaland mampu cecah 60 gol, kata Shearer

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

erling-haaland.jpg
Alan Shearer berkata penyerang Manchester City, Erling Haaland, mampu menjaringkan 60 gol musim ini selepas pemain itu kian hampir untuk memecahkan rekod legenda Newcastle United berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Haaland menjaringkan dua gol ketika pasukannya menewaskan Southampton awal pagi semalam, sekali gus merekodkan 44 gol daripada 38 penampilan dalam musim pertamanya bersama City.

Ia lebih 13 gol berbanding pencabar lain dalam lima liga utama Eropah dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, muncul penjaring kedua terbanyak dengan 31 gol daripada 35 penampilan.

Daripada jumlah itu, 30 jaringan berkenaan dihasilkan Haaland dalam saingan EPL dan ia bermakna, dia hanya memerlukan empat gol lagi untuk menyamai rekod 34 gol yang dilakukan Shearer dalam satu musim EPL -- rekod yang turut dikongsikannya bersama Andy Cole.

Shearer menjangkakan Haaland mampu mengatasi rekodnya itu dengan berbaki 16 perlawanan dalam kesemua kejohanan musim ini dan dia juga percaya penyerang itu mampu mencipta sejarah yang lebih besar.

"Jika dia mampu untuk kekal cergas, Haaland akan memecahkan rekod, yang saya kongsikan bersama Ady Cole, dengan 34 gol dalam satu musim EPL," kata Shearer dalam kolumnya bersama The Athletic.

"Dengan purata jaringannya dalam kesemua kejohanan, dengan 44 gol daripada 38 penampilan, dia pasti akan melepasi 50 gol dan itu juga pasti mudah buat dirinya.

"Siapa tahu, kita juga mungkin akan bercakap bertapa dia mencapai 60 gol seperti yang dilakukan Dixie Dean. Menakutkan," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video