Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Gol Marc Cucurella cukup beri kemenangan penting buat Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cucurela.jpg
Marc Cucurella mengekalkan harapan Chelsea untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara apabila golnya terbukti cukup untuk merakamkan kemenangan besar 1-0 ke atas Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Cucurella muncul dengan tandukan minit ke-71 untuk menaikkan pasukan kendalian Enzo Maresca ke tangga keempat dalam carta Liga Perdana Inggeris, dalam aksi yang kelihatan mengecewakan tuan rumah.

Susulan kemenangan Aston Villa ke atas Tottenham Hotspur dalam aksi yang berlangsung lebih awalk, Chelsea mengetahui kepentingan kemenangan untuk memastikan penamat lima teratas masih dalam tangan mereka pada hari terakhir.

Harry Maguire menyangka dia telah membawa United mendahului pada minit ke-16 apabila dia menyumbat masuk hantaran lintang Bruno Fernandes, tetapi gol itu dibatalkan kerana ofsaid selepas semakan VAR.

Chelsea bertindak balas segera kepada gol yang tidak dibenarkan itu, menerusi percubaan voli menakjubkan Reece James.

The Blues kemudiannya percaya mereka mempunyai peluang untuk mendahului sejurus selepas sejam apabila Tyrique George jatuh di bawah cabaran Andre Onana di dalam kotak.

Chris Kavanagh menghadiahkan penalti tetapi dihantar ke pemantau untuk semakan di atas padang dan mengubah keputusannya, tetapi Chelsea berjaya mendahului tidak lama kemudian.

Gerakan kemas dan hantaran silang James berjaya disambut Cucurella untuk meledak gol kelimanya dalam saingan EPL musim ini.

Noni Madueke berpeluang menggandakan kelebihan sebelum Chelsea berjaya mengekalkan kedudukan sehingga tamat 90 minit tempoh permainan.

Keputusan itu menaikkan Chelsea kepada 66 mata, setaraf dengan Aston Villa, selepas kemenangan mereka ke atas Spurs, dan Newcastle United. The Red Devils pula kekal di tangga ke-16.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video