Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Final Piala FA tidak jejas sasaran penamat empat teratas Manchester United, kata Malacia

manchester-uniteds-tyrell-malacia-in-action-against-aston-villa.jpg
Tyrell Malacia berkata Manchester United tidak akan hilang fokus menjelang aksi final Piala FA menentang Manchester City bulan depan.

Pengurus, Erik ten Hag, kelihatan telah mengubah nasib pasukan itu selepas mengambil alih tugas di Old Trafford sejak musim panas lalu.

United kini di landasan terbaik untuk menamatkan sangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat teratas selepas menjuarai Piala Liga Inggeris (EFL) dan berpotensi menambah satu lagi piala menjelang aksi final Piala FA berdepan seteru setempat, City -- yang berpotensi meraih gelaran 'treble' -- pada 3 Jun ini.

Pertembungan dua pasukan Manchester itu sudah pasti akan mencuri tumpuan ramai tetapi Malacia berkata ia tidak akan menjejaskan tumpuan mereka dalam saingan EPL.

"Tidak, saya fikir kami memiliki ramai pemain berpengalaman yang sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini," kata pertahanan sayap itu menjelang kunjungan ke laman Brighton awal pagi Jumaat ini.

"Kami mendorong sesama sendiri sebagai satu pasukan dan kami kekal fokus untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

"Saya fikir Brighton pasukan bagus, memiliki bola sepak yang amat bagus, pemain yang berkualiti, jadi ia akan menjadi perlawanan yang sukar.

"Kami kini perlu fokus terhadap diri sendiri, melihat dari perlawanan ke perlawanan dan kami perlu memenanginya," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video