Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Erling Haaland muncul penyelamat Manchester City

2_75400205.jpg
Erling Haaland muncul penyelamat Manchester City ketika juara bertahan itu berjaya menewaskan Brentford 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Penyerang prolifik Norway itu, yang gagal menyempurnakan deretan peluang dalam keputusan seri yang mengecewakan dengan Chelsea pada hujung minggu, kembali beraksi apabila memecah kebuntuan dalam pertemuan sengit di Stadium Etihad selepas 71 minit.

Kemenangan itu melonjakkan City di atas Arsenal ke tangga kedua dalam carta liga, satu mata di belakang pendahulu Liverpool.
 

 

Advertisement

Must Watch Video