Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Erling Haaland masih bergelut untuk pulih

erling-haaland.jpg
Erling Haaland dijangka diketepikan hingga akhir bulan ini, demikian menurut pengurus Manchester City, Pep Guardiola.

Penyerang prolifik Norway itu terlepas lapan perlawanan terakhir City termasuk kemenangan Piala Dunia Kelab di Arab Saudi gara-gara kecederaan kaki.

City berharap untuk menyambut kepulangan pemain berusia 23 tahun itu pada awal tahun baru tetapi masalahnya adalah lebih rumit daripada jangkaan awal dan pemain itu belum boleh berlatih. 

Dia kemudian akan terus menyertai pasukan yang tidak mempunyai perlawanan pada hujung minggu depan dan ke Abu Dhabi untuk kem latihan cuaca panas selepas bertemu Newcastle, malam ini. 

Guardiola berkata: “Ya, dia berdepan sedikit gangguan di kakinya. Ia bukan soal besar tetapi doktor memutuskan untuknya berehat selama seminggu dan dia mungkin kembali berlatih di Abu Dhabi.

“Mudah-mudahan hujung bulan ini dia akan bersedia. Ia sedikit rumit daripada jangkaan awal. 




"Ia berkaitan tulang. Ia memerlukan masa. Dengan setiap kecederaan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahukan tetapi ia adalah soal masa.” 

Haaland meledak 52 gol musim lalu dalam kempen cemerlang pertamanya bersama City dan musim ini pula sudah menjaringkan 19 gol.

“Kami sangat merindui Erling,” kata pengurus Sepanyol itu lagi. 

 “Kami perlukan dia. Semoga dia boleh kembali dan beraksi empat atau lima bulan lagi tanpa sebarang masalah.

“Apabila anda cedera pada akhir November maka anda akan terlepas banyak perlawanan. Ia adalah tempoh yang paling sukar.”

Pertahanan, Manuel Akanji, turut memberi tamparan hebat apabila turut berdepan masalah kecergasan.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video