Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, meluahkan kekecewaan selepas menyaksikan pasukannya yang mendominasi aksi berdepan Crystal Palace tetapi tidak dapat menoktahkan dengan kemenangan.
Ringkasan AI • Pengendali Manchester United, Erik ten Hag, kecewa dengan pasukannya yang gagal menang meskipun mendominasi perlawanan bertemu Crystal Palace • Penjaga gol Palace, Dean Henderson, tampil cemerlang dengan tujuh penyelamatan • Ten Hag merasa United sepatutnya menang dan lebih klinikal di depan gol lawan |
Penjaga gol Palace, Dean Henderson, memberikan persembahan terbaiknya menentang bekas pasukan dengan menyelamatkan gawang sebanyak tujuh kali dengan United dinafikan palang gol tiga kali untuk terikat tanpa jaringan hingga wisel dibunyikan.
"Apabila kami tidak melakar kemenangan, saya tidak berpuas hati.
"Kami sepatutnya menang. Saya rasa separuh masa pertama kami mendominasi mereka kemudian dalam separuh masa kedua, ia lebih pada keseimbangan. Kami sepatutnya menjaringkan satu atau dua gol."
"Kami beraksi dengan bagus, mengawal perlawanan sepenuhnya. Perkara paling penting adalah ketika dalam kotak penalti yang merupakan penentu permainan - kita sepatutnya lebih klinikal dalam aspek itu.
"Mereka lebih banyak menutup bahagian tengah dan kami juga banyak melakukan serangan balas yang baik. Ia lebih sukar untuk kami melepasi mereka yang mendapat lebih banyak ruang serta mempunyai beberapa peluang yang bagus juga." katanya selepas tamat perlawanan awal pagi tadi.