Masa depan Kobbie Mainoo di Manchester United kelihatan tidak menentu selepas tidak diturunkan dalam dua perlawanan awal Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus The Red Devils, Ruben Amorim, menegaskan bahawa Mainoo perlu berebut tempat dengan Bruno Fernandes berbanding bersaing dengan Manuel Ugarte dan Casemiro.
Ia menyulitkan keadaan apabila pemain Portugis itu jarang direhatkan untuk perlawanan.
Mainoo dianggap tidak sesuai dengan sistem permainan dan ketiadaannya dalam barisan utama dalam beberapa minggu kebelakangan ini mencetuskan spekulasi mengenai masa depannya.
Menurut Daily Mail, Real Madrid dan Atletico Madrid sedang memantau pemain antarabangsa England itu untuk peluang meminjamnya sepanjang musim ini selain khidmatnya turut menarik minat sejumlah seteru EPL.
Meskipun Mainoo dipercayai terbuka untuk kekal di United, tetapi dia mahukan minit permainan, malah terbuka kepada perpindahan yang menjanjikan tiket Liga Juara-Juara (UCL).
Order Sekarang

Bukan Sekadar Jersi
Jersi Manchester United boleh dipakai di padang mahupun sebagai gaya kasual harian.
Order Sekarang