Pengendali Liverpool, Arne Slot, langsung tidak bimbang dengan prestasi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL), Mohamed Salah, selepas dia gagal menjaringkan gol atau bantuan jaringan.
Liverpool tunduk kepada kekalahan mengejut 2-3 kepada Fulham walaupun terlebih dahulu membuka tirai perlawanan dengan gol pertama di Craven Cottage, semalam.
The Reds bermula dengan cemerlang apabila Ryan Gravenberch membuka lorongan buat Alexis Mac Allister pada minit ke-13, tetapi beberapa kesilapan pertahanan menyaksikan Fulham menjaringkan tiga gol dalam masa 14 minit pada separuh masa pertama.
Ryan Sessegnon, Alex Iwobi dan Rodrigo Muniz menjaringkan gol ketika pertahanan Liverpool sangat goyah, dengan gol pada minit ke-72 Luis Diaz tidak cukup untuk mencetuskan kebangkitan.
Salah, 32, yang kerap kali dikawal rapi oleh pemain tuan rumah gagal memberi impak selain tidak memberikan sumbangan gol dalam empat aksi dalam semua pertandingan.
Tetapi Slot menegaskan bahawa persembahan penyerang kebangsaan Mesir yang sedikit merosot tidak perlu dibimbangkan.
"Nombornya tidak normal [semasa dia menjaringkan gol]. Sekarang dia tidak menjaringkan gol dalam empat perlawanan.
“Tetapi perkara yang baik tentang dirinya kadangkala dia tidak bermain dengan baik, dan dia masih boleh menjaringkan gol.
“Saya tidak fikir dia kini berada di tempat di mana dia tidak boleh menjaringkan gol lagi," katanya kepada media selepas pertembungan tersebut.
Tonggak Liverpool sudah mencetak 27 gol, sembilan jaringan lagi untuk menyamai rekod bintang Manchester City, Erling Haaland, (36 gol pada 2022/23).
Dia juga telah melakukan 17 bantuan jaringan dengan keseluruhan 44 sumbangan gol. Ini meletakkan dia hanya tiga gol dan bantuan daripada menyamai rekod untuk sumbangan gol dalam satu musim (47, dipegang oleh Alan Shearer dan Andrew Cole).

Defeat at Craven Cottage. #FULLIV pic.twitter.com/B9vpXBle5H
— Liverpool FC (@LFC) April 6, 2025