EPL
EPL: Cole Palmer pastikan Chelsea ikat Manchester City dalam perlawanan padat aksi
CHELSEA 4 MANCHESTER CITY 4
Cole Palmer menjaringkan gol sepakan penalti pada lewat permainan untuk memastikan Chelsea mengikat bekas kelabnya, Manchester City, 4-4 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) penuh aksi di Stamford Bridge awal pagi tadi.
Juara bertahan EPL, Manchester City, menjangkakan mereka sudah memenangi pertemuan itu apabila percubaan Rodri terbias ke badan Thiago Silva sebelum menggegarkan jaring pada empat minit terakhir tetapi mereka dikejutkan pada penghujung waktu kecederaan apabila pemain gantian, Armando Broja, melakukan larian dalam kotak penalti lawan dan dijatuhkan Ruben Dias.
Iklan
Palmer kemudian menyempurnakan peluang sepakan penalti itu, yang disusuli dengan gegak-gempita sorakan penyokong tuan rumah.
Terdahulu, Erling Haaland dua kali meletakkan City di depan, dengan yang pertama ketika membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-25 sebelum Chelsea memintas menerusi jaringan Silva dan Raheem Sterling.
Manuel Akanji kemudian menanduk masuk jaringan penyamaan City sebelum menuju ke bilik persalinan dan Haaland menjadikan kedudukan 3-2 memihak City dua minit selepas perlawanan bersambung.
Bagaimanapun, Chelsea kali ini jelas membawa semangat berbeza untuk kembali mengikat kedudukan hasil sentuhan Nicolas Jackson pada minit ke-67.
Ice in the veins. ?#CheMci pic.twitter.com/WOJ114lM7E— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 12, 2023
Must-Watch Video