Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Chelsea tidak panik banyak kutip kad kuning

mauricio-pochettino.jpg
Mauricio Pochettino tidak mahu dibelenggu mengenai masalah disiplin di atas padang anak buahnya selepas Chelsea menjadi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mengutip kad kuning tertinggi musim ini.

Mereka mengutip lima kad kuning dalam kekalahan 1-2 kepada Wolves di Molineux hujung minggu lalu, antaranya Cole Palmer yang akan terlepas menentang Crystal Palace pada Khamis ini selepas mengumpul lima kad kuning untuk kempen ini. 

Raheem Sterling juga dihukum kerana sengaja merebahkan badan untuk sepakan penalti pada masa kecederaan berikutan Chelsea terdesak untuk menyamakan kedudukan ketika menghadapi pasukan bimbingan Gary O'Neil itu. 



Reece James, Malo Gusto dan Conor Gallagher turut pernah menjalani penggantungan akibat kad merah pada awal musim ini, manakala Nicolas Jackson hanya memerlukan dua lagi untuk jumlah 10 kad kuning selain berdepan penggantungan dua perlawanan lagi untuk kempen ini setelah menjalaninya pada September lalu.

Namun, Pochettino menegaskan bahawa kemahuan untuk memperbaiki prestasi dalam liga telah mendorongnya bertindak terburu-buru.

"Tidak, kami mewakili Chelsea, kami mewakili kelab gergasi untuk berasakan bahang tekananbta," katanya. 


“Apabila kecewa dan mungkin berpengalaman mentah, pemain cenderung untuk melakukan kesilapan.

“Palmer beraksi untuk kami musim pertamanya sebagai pemain utama. Ia adalah perkara biasa. Pemain mengambil berat, mereka mahu menang dan mereka juga kecewa.

“Ia bukan soal disiplin. Kami perlu mempunyai lebih banyak kapasiti untuk membaca situasi permainan.”

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video