Chelsea menuju jadual antarabangsa berbekalkan kemenangan 2-1 ke atas juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, menerusi sentuhan berbisa Estevao Willian pada minit ke-96.
Gol kemenangan pada masa tambahan itu menggamatkan kem Stamford Bridge.
Tuan rumah terpaksa merombak bahagian pertahanan tengah berikutan masalah kecederaan yang ditanggung Benoit Badiashile dan Josh Acheampon, namun Reece James dan Jorrel Hato berhasil menampung kepincangan tersebut.
Dan bertindak menggantikan Enzo Maresca untuk diwawancara, penolong pengurus dan bekas pemain The Blues, Willy Caballero, menjadi wakil untuk menyampaikan mesej penuh pujian kepada barisan pemain.
"Maresca sangat gembira selepas perlawanan ini.
"Dia mahu saya memuji pemain atas usaha yang mereka lakukan hari ini. Kami percaya bahawa kami berhak mendapat kemenangan ini sebagaimana peluang yang kami cipta termasuk corak permainan kami. Terima kasih kepada bola sepak dan terima kasih atas usaha pemain.
"Sejak beberapa minggu lalu, kami perlu bersabar dalam beberapa perlawanan terakhir.
"Kami beraksi dengan baik, namun kami telah menamatkan beberapa perlawanan dengan 10 pemain dan tidak dapat memenangi perlawanan itu.
"Hari ini sangat penting. Hari ini adalah hari yang hebat untuk kami."
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang