Mikel Arteta tidak menetapkan jumlah mata yang dia percaya akan membantu mereka menjulang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurus Arsenal itu telah memberi amaran sepanjang musim ini mungkin perlu menjadi sempurna sekiranya mereka berhajat melakukannya.
The Gunners akan bertandang ke kelab tercorot Sheffield United, awal pagi esok, sambil mengetahui kemenangan sekali lagi akan menyaksikan mereka menghampiri jarak dua mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Penyandang juara, Manchester City, juga terikat dalam perebutan tiga penjuru ITU untuk tatkala Arteta berhasrat membawa kembali mahkota EPL kembali ke pangkuan Arsenal buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.
Ditanya berapa banyak mata yang mungkin diperlukan untuk memenangi liga musim ini, pengurus dari Sepanyol itu menjawab: “Anda sentiasa bertanya kepada saya soalan ini dan saya tidak pernah menjawabnya dengan tepat.

“Kami mungkin dituntut untuk memenangi setiap perlawanan. saya tidak tahu. Saya tidak pasti.
“Masih terdapat banyak lagi perlawanan dan kami semua akan mempunyai jadual yang gila dan liga ini mungkin berbeza berbanding musim lalu.
"Apa-apa sahaja di bawah 90 mata saya fikir usaha untuk memenangi liga akan menjadi sangat sukar.
"Kami perlu menambah baik dalam setiap aspek, itu sahaja. Semua pengurus cuba menjadi lebih baik."