Ketegangan memuncak ketika dua pencabar utama Liga Perdana Inggeris (EPL) itu seri 2-2 di Stadium Etihad, minggu lalu.
Guardiola berkata City sedia berperang dengan Arsenal -- yang menyertai juara bertahan itu di puncak dengan 14 mata.
Tatkala City seri 1-1 di Newcastle United hujung minggu lalu, Arsenal pula meraih kemenangan 4-2 ke atas Leicester City hasil dua gol dalam masa kecederaan.
Selepas perlawanan itu, Arteta masih ditanya mengenai Guardiola.
"Saya mengaguminya sejak saya berumur 10 tahun," katanya.
Arsenal against Leicester yesterday*:
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) September 29, 2024
Shots: 36 (joint-most in their PL history)
Shots on Target: 16 (joint-most)
Shots in the box: 29 (most)
Expected Goals: 4.62 (second-most)
Corners: 17 (second most)
*Since 2003-04#AFC #ARSLEI pic.twitter.com/LZj83Z8qXU
"Saya amat menghormatinya. Saya sangat berterima kasih atas semua yang dilakukannya untuk saya dan terus lakukan untuk saya.
“Jika ada yang mahu merosakkan hubungan kami, itu bukan terletak di tangan saya.
"Perasaan kasih sayang saya terhadapnya sangat mendalam. Guardiola mengetahuinya, kakitangan jugamengetahuinya kerana saya masih bercakap dengan mereka sampai ke hari ini, begitu juga dengan ahli lembaga pengarah, pemilik malah semua orang."