Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arteta mahu Arsenal fokus rebut kejuaraan berbanding masa depan pemain

mikel-arteta-wants-arsenals-players-to-be-fully-focused-on-the-run-in.jpg
Mikel Arteta mahu pemain Arsenal mengetepikan perbincangan mengenai masa depan mereka dan fokus kepada pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners kini hanya ketinggalan satu mata di belakang Manchester City tetapi sudah beraksi lebih satu perlawanan dan akan berdepan pasukan yang sedang memburu tiket ke saingan Eropah, Brighton, di Stadium Emirates malam esok.

Pada ketika pasukan bimbingan Arteta itu telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang musim ini, terdapat pelbagai isu yang sedang menyelubungi mereka menjelang musim panas ini.

Dua pemain England, Aaron Ramsdale dan Bukayo Saka, dipercayai semakin hampir untuk menandatangani kesepakatan baru manakala Reiss Nelson pula akan tamat kontrak dan Granit Xhaka sepanjang minggu ini sedang hangat dikaitkan dengan kepulangan ke Jerman.

Bagaimanapun, Arteta enggan menjawab persoalan mengenai masa depan pemainnya memandangkan tumpuannya pada ketika ini hanyalah untuk menamatkan penantian gelaran EPL pertama buat kelab itu dalam tempoh 19 tahun.

"Amat jelas kami sedang berbincang dengan setiap individu dan ia mungkin berbeza daripada segi masa tetapi gambarannya sudah ada," kata Arteta mengenai tawaran buat pemain yang sedang diusahakan.

"Kami sudah berkomunikasi dengan setiap daripada mereka dalam usaha itu dan kami sedang mencuba untuk menyelesaikannya secepat yang mungkin tetapi dengan menmghormati dan tidak hilang sebarang fokus terhadap apa perkara sebenar yang sedang kami hadapi ketika ini.

"Pada ketika ada pengumuman mengenai mana-mana individu, kami akan melakukannya sebagai sebuah kelab sepertimana yang sentiasa kami lakukan. 

"Ini bukanlah masanya untuk bercakap mengenai perkara itu," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video