Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Arsenal kempunan tiga mata di penghujung permainan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arsenal-saka.jpg
SUNDERLAND 2 ARSENAL 2 

Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya selepas Arsenal dinafikan kemenangan oleh gol Sunderland pada masa kecederaan di Stadium of Light, awal pagi tadi. 


Jaringan pemain gantian, Brian Brobbey, pada minit ke-94 memastikan satu mata buat tuan rumah yang menguasai tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL). 

“Ia bukan satu perasaan yang menyenangkan,” kata pengurus The Gunners itu. 

"Ia adalah satu kekesalan dan kekecewaan kerana kami mahukan tiga mata. Kami terpaksa mengharungi perlawanan yang sukar. Kami tahu itu. Ia sangat mengganggu. Kami terpaksa berhadapan dengan situasi yang jelas sukar untuk ditangani.

Bekas pemain akademi Arsenal, Dan Ballard, membuka jaringan dalam separuh masa pertama yang menyentak semangat pelawat, sekali gus meleburkan rekod lapan perlawanan tanpa dibolosi Arsenal dan tambah Arteta: “Sakit perut saya memandangkan saya tidak mahu bolos sebarang gol. 

 
"Kami dibolosi gol yang tidak memenuhi piawaian kami tetapi selepas itu, pasukan bertindak balas dengan sangat baik apabila menunjukkan keperibadian dan keberanian yang tinggi. Kami benar-benar menguasai perlawanan.

"Anda perlu bergantung kepada pertahanan di dalam kotak penalti apabila pihak lawan mula memasukkan enam, tujuh pemain di sana. Ia boleh menjadi satu hantaran, lontaran mahupun dalam sebarang situasi. 

"Kami sepatutnya boleh bertahan dengan lebih baik. Dan hari ini kami tidak melakukannya, kami telah dibolosi."

 
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video