Pengendali kelahiran Belanda itu ingin menjadi pengurus pertama mengekalkan rekod empat aksi tanpa bolos selain turut menjadi satu-satunya pasukan yang belum bolos setakat ini.
Di sebalik sasaran tersebut, jurulatih berusia 45 tahun itu menjelaskan tiada banyak perubahan diperlukan terhadap struktur anak-anak buahnya, namun mengakui bahawa permulaan yang baik tidak menjamin apa-apa lagi.
Next up, we're back at Anfield ? #LIVNFO pic.twitter.com/JsO5b2Jrei
— Liverpool FC (@LFC) September 11, 2024
"Kebiasaannya saya tidak menggunakan perkataan 'bangga' tetapi kami sudah melakukan yang terbaik dalam tiga permainan terakhir.
"Sekiranya pihak lawan mampu mengatasi tekanan yang diberikan oleh kami, saya menuntut semua pemain perlu bekerja keras supaya kami tidak terlalu bergantung kepada penjaga gol utama, Allison Becker.