EPL
EPL: Arne Slot sedia hadapi cabaran baru
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) 20 kali, Liverpool, dijangkakan akan membuka kempen musim 2025/26 dengan pertembungan menentang Crystal Palace dalam perlawanan rasmi pertama mereka yang akan berlangsung pada 10 Ogos nanti.
Sebagai pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA musim lalu, Liverpool dan Crystal Palace dijadualkan bertemu dalam aksi Piala Perisai Komuniti, yang menandakan permulaan rasmi musim baru bola sepak England.
Kempen EPL dijangka bermula pada hujung minggu 16 atau 17 Ogos, dengan jadual penuh perlawanan akan diumumkan pada 18 Jun ini.
Iklan
Not a bad first season, Arne Slot 🏆 pic.twitter.com/b6LZBb4QXn— Liverpool FC USA (@LFCUSA) June 1, 2025
Pengurus baharu Liverpool, Arne Slot, kini dalam fasa membentuk pasukan mengikut acuannya. Slot bakal bekerja dengan beberapa muka baharu, termasuk Jeremie Frimpong, yang melengkapkan perpindahan bernilai £29.5 juta dari Bayer Leverkusen, serta penjaga gol Georgia, Giorgi Mamardashvili.
Liverpool juga sedang aktif dalam pasaran perpindahan dengan sasaran untuk membawa masuk sekurang-kurangnya dua lagi pemain. Antara nama besar yang dikaitkan ialah Florian Wirtz, rakan sepasukan Frimpong di Leverkusen, yang dijangka menyertai The Reds dalam perpindahan rekod kelab. Selain itu, pertahanan kiri Bournemouth, Milos Kerkez, turut dilaporkan hampir pasti menyertai pasukan di Anfield.
Dalam masa yang sama, Liverpool dijangka akan melepaskan beberapa pemain yang berada dalam radar pasaran perpindahan. Antara yang disebut-sebut ialah Darwin Núñez, Luis Díaz, Kostas Tsimikas, dan Caoimhín Kelleher, yang dikatakan menarik minat dari beberapa kelab lain.
Must-Watch Video