Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Antony pulang ke UK, sedia beri kerjasama terhadap pertuduhan

antony.jpg

Antony kembali ke United Kingdom (UK) dan sedia bekerjasama dengan pihak polis Greater Manchester (GMP) untuk disoal siasat terhadap pertuduhan yang dibuat ke atasnya.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang berpindah dari Ajax ke Manchester United pada musim panas lalu, telah direhatkan sejak 10 september lalu.

Advertisement

Antony berdepan beberapa pertuduhan kekasaran fizikal terhadap bekas teman wanitanya, Gabriella Cavallin, yang mendedahkan perkara itu kepada media Brazil, UOL, awal bulan lalu.

Pemain sayap itu juga menafikan segala tuduhan berkenaan, termasuk dakwaan melakukan serangan seperti yang didakwa Rayssa De Freitas dan Ingrid Lana.

Antony dalam satu kenyataan berkata: "saya berkeras mengatakan saya tidak bersalah atas segala pertuduhan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi mendapatkan segala kebenaran dalam hal ini."

Pemain sayap itu kembali ke Brazil selepas dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaannya pada awal September lalu tetapi terpaksa digugurkan selepas tuduhan itu dibuat.

Dia, bagaimanapun, telah kembali ke UK selepas menjalani satu sesi soal siasat bersama pihak polis Brazil dan kini bersedia untuk bertemu GMP.

Dia kekal direhatkan United dan difahamkan telefon bimbitnya juga bakal diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

Antony secara sukarela disoal siasat pihak polis Brazil pada Jun lalu, namun tiada sebarang tangkapan dan dakwaan dibuat ke atasnya.

 

Must Watch Video