Jurulatih Sepanyol, Luis Enrique mempertahankan polisi penggiliran pemain berikutan permulaan perlahan mereka ke kelayakan Piala Dunia 2022.
La Roja memerlukan jaringan Dani Olmo pada minit ke-92 untuk mengalahkan Georgia 2-1 setelah seri 1-1 dengan Greece, dengan Luis Enrique melakukan rombakan dalam kesebelasan utama bagi kedua-dua perlawanan.
Keadaan itu menimbulkan kritikan terhadap Luis Enrique, selepas beberapa bulan yang lalu Sepanyol mengalahkan Jerman 6-0 dalam Liga Negara-Negara.
Sepanyol menentang Kosovo awal pagi esok dan Luis Enrique menegaskan pendekatannya tidak akan berubah.
"Mengapa kami tidak memiliki kesebelasan utama yang tetap? Saya memiliki hak untuk membuat keputusan," katanya.
"Apa yang saya tidak akan lakukan sebagai pengurus pasukan kebangsaan adalah - dan jika orang tidak setuju saya tidak peduli - untuk membuat keputusan saya mengikut apa yang Pepe, Manolo atau Lucas mahukan.
"Saya seorang jurulatih profesional dengan pengalaman lengkap yang membuktikan apa yang saya capai sebagai pengurus bola sepak, jadi sebab itulah FA Sepanyol mendapatkan khidmat saya.
"Saya tidak akan mengubah cara saya melakukan sesuatu. Saya mempunyai skuad 24 pemain sekarang dan mana-mana dari mereka boleh bermain esok, yang jauh lebih baik daripada hanya mempunyai 11 pemain utama."

? Mira que teníamos ganas de volver a La Cartuja de Sevilla...
— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) March 30, 2021
?️ ¡¡Qué recuerdos tan bonitos nos traes!!#SomosEspaña#SomosFederación pic.twitter.com/R6TFAnzLMG