Skip to main content

Bola Sepak

Enrique: Messi adalah 'makhluk dari planet lain'

28517messienrique.jpg
BARCELONA 3 ALAVES 1

Jurulatih Barcelona, ​​Luis Enrique, memuji Lionel Messi dengan menganggapnya seperti 'makhluk asing' selepas menamatkan tempoh mengendali kelab gergasi LaLiga itu dengan kejayaan menjulang Copa del Rey.


Messi membuka jaringan dalam kemenangan 3-1 Barca ke atas Alaves dalam perlawanan akhir di Vicente Calderon, awal pagi tadi, untuk menamatkan musim ini dengan 54 gol dalam semua pertandingan.

Theo Hernandez menyamakan gol itu tetapi Neymar dan Paco Alcacer meledak lewat untuk Barca menjulang trofi Copa del Rey buat tahun ketiga berturut-turut. 

Enrique memuji Messi selepas itu sambil berkata bintang Argentina itu adalah dari planet lain.

"Messi adalah 'makhluk asing' dan saya sangat bernasib baik kerana dapat menikmati saat terbaik ini, atau salah satu yang terbaik, versinya," katanya.

"Tidak syak lagi dia pemain nombor satu dan untuk menjadi seperti itu anda perlu mengawal setiap aspek dan menjadi sangat kuat secara fizikal.

"Dia menjaga dirinya dengan sempurna, dan masih banyak lagi yang akan datang daripada Messi."

Trofi itu adalah yang kesembilan buat Enrique sejak dia mengambil alih Barca pada 2014.

Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata dia akan meninggalkan kelab itu tanpa kesedihan selepas musim yang berjaya diterajuinya.

"Saya rasa gembira kerana saya banyak membuat peminat Barca gembira dengan memenangi trofi dan itu yang membuatkan saya bangga," kata Enrique.

"Saya orang yang membuat keputusan untuk berhenti kerana ia akan menjadi keputusan yang terbaik untuk saya dan untuk pemain, mereka perlu rangsangan kuat.

"Sembilan trofi daripada 13 adalah satu rekod yang cukup baik."

Advertisement

Must Watch Video