Skip to main content

Bola Sepak

Enrique ikrar terus pertahan anak buah

enrique-270517.jpg
Jurulatih Barcelona, Luis Enrique, menegaskan dia tidak akan berhenti daripada mempertahankan anak buahnya, dalam sidang akhbar peranan terakhirnya menyandang jawatan itu di Barca. 

Barca akan membuat perhitungan dengan Alaves dalam perlawanan akhir Copa del Rey, awal pagi esok, yang akan menjadi tugas terakhir Enrique selepas memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya di Camp Nou sebaik tempoh tiga tahunnya berakhir. 

Pengendali berusia 47 tahun itu sering dilihat bercanggah pendapat dengan pihak media tatkala dia mengakui tidak selesa bercakap dengan mereka seperti mana pengurus yang lain. 

Begitupun, dia tidak bercadang untuk mengubah pendekatan itu dalam kariernya. 

Enrique berkata: "Bilik media merupakan tempat yang paling saya tidak selesa. Saya cuba mempertahankan pemain saya kerana ia merupakan cara saya dan saya tidak akan mengubahnya."

Ditanya mengenai perancangannya selepas aksi dengan Alaves, dia secara berseloroh berkata: "Saya mungkin kembali pada 10 Julai nanti dan memberikan anda kejutan!

"Sesetengah orang mungkin akan mengalami sakit jantung tetapi saya masih muda -- mengapa tidak kembali? Anda (media) berkata saya terlalu tua untuk jawatan ini, namun sesetengah daripada anda mengalami penambahan berat badan!

"Saya anggap ini sebagai sarkas dan saya tidak mahu menyatakan siapakah badutnya."

Advertisement

Must Watch Video