Jurgen Klopp tidak faham mengapa Gareth Southgate memutuskan untuk mengetepikan Trent Alexander Arnold daripada skuad England sambil berkata prestasi pertahanan kanan Liverpool itu "tidak mungkin dapat dijadikan alasan".
Alexander-Arnold terkejut apabila dipinggirkan daripada skuad kendalian Southgate itu dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang San Marino, Alabania dan Poland sepanjang bulan lalu.
Pemain berusia 22 tahun itu merupakan pemain utama Liverpool musim ini tetapi hanya mendapat 12 penampilan bersama England setakat ini.
Kieran Trippier, yang merupakan pertahanan sayap yang terpilih dalam Piala Dunia 2018, bergandingan dengan Kyle Walker di satu lagi sisi dalam sistem tiga pertahanan England.
Pertahanan Manchester City, Reece James, juga tersenarai sebagai kesebelasan utama bulan lalu manakala kehadiran Trippier membuktikan persaingan sengit merebut posisi pertahanan kanan dalam skuad Three Lions itu.
Tetapi Klopp berasakan anak buahnya itu lebih layak untuk mengisi tempat berkenaan.
"Saya terkejut kerana dia tidak mendapat panggilan," kata pengurus The Reds itu.
"Saya juga seorang pengurus, saya melakukan keputusan setiap hari, setiap minggu, setiap pertengahan minggu tentang pemilihan pemain, pemilihan pasukan. Anda sentiasa membuat keputusan yang orang lain tidak faham.
"Saya menghormati keputusan peribadi Gareth, itu sudah pasti tetapi saya tidak dapat memahaminya," katanya.

Klopp menambah: "Trent Alexander-Arnold, sekurang-kurangnya sepanjang dua tahun ini, merupakan pertahanan kanan paling menyerlah di dunia pada usia yang masih muda.
"Saya tiada masalah seandainya pemain saya dikritik -- daripada saya, daripada orang lain jika mereka tidak beraksi baik -- tetapi itulah kebenarannya.
"Dia memulakan musim ini dengan dijangkiti COVID-19, di mana ia tidak bagus. Seperti yang anda dapat bayangkan, dia memerlukan sedikit masa untuk kembali dalam musim ini.
"Sebaik dia kembali, dia merupakan antara pemain kami yang paling konsisten, pemain yang menyerlah -- Robbo (Andy Robertson) juga sama, bermain dengan tahap tertinggi seperti ini.
"Itu tidak mungkin dijadikan alasan untuk dia dipinggirkan daripada skuad.
"Jika anda bandingkan Lionel Messi setiap tahun dengan musim terbaiknya, anda tidak boleh katakan yang dia tidak beraksi sama seperti pada 2005 atau 2006 kerana dia masih pemain terbaik dunia," katanya lagi.