Keengganan Mats Hummels untuk bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Bayern Munich menjadi faktor dia kembali ke Borussia Dortmund, kata jurulatih, Niko Kovac.
Hummels kembali ke Dortmund dengan perpindahan bernilai €38 juta (RM176 juta) bulan lalu selepas menamatkan tempoh tiga tahun bersama Bayern.
Bayern telah bersetuju mendapatkan khidmat pertahanan Atletico Madrid dan Perancis, Lucas Hernandez, dengan nilai €80 (RM371 juta) yang dicadangkan bakal beraksi sebagai pertahanan tengah.
Dengan Niklas Sule sudah menjadi anggota skuad utama juara Bundesliga itu, Kovac berkata Hummels tidak berminat untuk bersaing mendapatkan tempat di Bayern.
"Hummels telah melakukan tugas dengan baik, terutama dalam separuh kedua musim lalu," kata Kovac.
"Seperti apa yang dikatakan oleh Presiden Bayern, Uli Hoeness, pada penghujung musim lalu, Hummels bertemunya dan membincangkan mengenai perancangan musim depan.
"Sule turut bermain dengan baik, kini dalam kesebelasan utama skuad Jerman dan Hernandez merupakan pemain yang dibeli untuk diturunkan selaku pertahanan tengah. Ia tidak bermakna apa-apa.
"Persaingan bermaksud hanya pemain terbaik akan diturunkan. Dalam hal ini, Hummels mahu mengelak persaingan tersebut. Kami perlu menerimanya dan dia kini kembali bergelar pemain BVB."
Hummels telah menjuarai tiga gelaran Bundesliga dan Piala DFB sepanjang beraksi untuk Bayern Munich.