Enam pemain import hadir menjalani sesi ujian pemilihan skuad Sabah di Padang B, Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, petang tadi.
Antara yang hadir termasuk dua pemain dari Brazil, Eduardo Luiz Purcino dan Leandro Duarte De Lima, serta dua dari Korea Selatan, Kouen Houkjin dan Heo Jaenyong.
Selain itu, turut hadir mencuba nasib ialah pemain tengah dari Liberia, Abel Dekar Gebor, dan penyerang dari Uzbekistan, Otabek Valijonov.
Purcino beraksi bersama Sahab FC di Jordan manakala rakan senegaranya, De Lima, bermain di Kemboja bersama Army FC.
Houkjin dan Jaenyong pula sebelum ini beraksi di Thailand, masing-masing bersama Sisaket FC serta Muang Thong United.
Sementara itu, Gebor beraksi di Indonesia bersama Bhayangkara Surabaya United manakala Valijonov bermain di negara asalnya bersama kelab Navbahor Namagan.
Dalam perkembangan lain, seorang lagi pemain import, iaitu bekas penyerang berbisa Sang Badak dari Burkina Faso, Koh Traore, dijangka tiba Rabu ini untuk menyertai ujian pemilihan berkenaan.
Ujian yang diadakan selama seminggu itu dikendalikan ketua jurulatih skuad Sang Badak, Jelius Ating, serta pembantunya, Burhan Ajui.
Turut hadir menyaksikan sesi tersebut adalah pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim.
Sabah ketika ini memiliki empat pemain import, iaitu pertahanan dari Croatia, Igor Cerina, pemain tengah dari Jepun, Masaya Jitzono, dan dua penyerang dari Perancis, iaitu Jonathan Behe dan Sofiane Choubani.
Bagaimanapun, Behe dan Choubani direhatkan daripada beraksi dalam beberapa perlawanan lalu selepas gagal memberikan aksi seperti yang diharapkan.
Ia sekali gus menguatkan khabar angin mereka bakal disingkir dan digantikan dengan pemain import baru apabila jendela perpindahan pemain dibuka, pertengahan bulan ini.
Selain itu, turut difahamkan kedudukan Jitzono dalam pasukan juga masih belum terjamin kerana ada desas-desus mengatakan dia mungkin turut diganti sekiranya ada pemain yang lebih baik.
Kedudukan seorang lagi pemain import, Cerina, boleh dikatakan kukuh kerana dia masih memiliki kontrak bersama Sabah sehingga tahun depan.