Skip to main content

Bola Sepak

Empat penyudah import hiasi aksi Kedah Darul Aman lawan Negeri Sembilan

kedah-darul-aman-v-n9.jpg
NEGERI SEMBILAN 1 KEDAH 2 

Negeri Sembilan menyekat hajat Kedah Darul Aman untuk merangkul tiga mata dalam satu pertemuan di Stadium Darulaman, Alor Setar, sebentar tadi, yang kesemuanya dicetak pemain import. 


Negeri Sembilan terlebih dahulu membuatkan tuan rumah tergamam apabila dihukum oleh tandukan kencang Jacque Faye sebelum memasuki bilik persalinan. 

Suhu perlawanan menjadi semakin hangat sebaik memasuki separuh masa kedua apabila barisan Hijau Kuning makin kerap melancarkan asakan.




Selepas beberapa acahan ke kubu pelawat, skuad Hijau Kuning kembali mengimbangi kedudukan melalui usaha solo ketua pasukan, Sony Norde, sebelum sepakan kaki kirinya menggegar gawang yang dikawal Aqil Razak pada minit ke-53. 

Negeri Sembilan yang dikemudi sementara oleh bekas pemain kebangsaan, K Nanthakumar, terus sibuk mengekang asakan anak buah Nafuzi Zain. 

Dan 9 minit selepas itu, Sony Norde menjadi arkitek untuk meletakkan Sang Kenari di hadapan 2-1 apabila sepakan lintangnya ditanduk Cleylton.

Begitupun, keceriaan Kedah tidak kekal lama apabila Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-79. 

Jaringan itu juga dicipta juga menerusi gabungan pemain import apabila lorongan tepat Hein Htet Aung disudahkan oleh Faye menerusi satu sepakan kencang. 

Advertisement

Must Watch Video