Skip to main content

Bola Sepak

Empat pemain tinggalkan Harimau Malaya, Hong Wan tidak terkecuali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hm.jpg
Selepas mengharungi perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 berdepan Cape Verde, kini Harimau Malaya memasuki waktu getir dengan misi sama untuk mempersiap pasukan menentang Vietnam, 10 Jun ini. 

Keputusan positif yang diraih di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras menerima pujian peminat, namun ada beberapa faktor yang perlu ditambah baik dengan segera.

Memasuki Fasa 3, skuad kendalian Peter Cklamovski meneruskan sesi latihan bagi persediaan menghadapi Vietnam dalam aksi seterusnya pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di Arab Saudi. 

Menjelang tugasan berat itu, kem negara terpaksa melepaskan empat tonggak, Safwan Mazlan, Fergus Tierney, Syed Nasrulhaq Syed Bidin dan Hong Wan. 

Untuk rekod, mereka tidak mencatatkan sebarang minit permainan dalam panggilan kali ini. Tetapi kehadiran mereka memberi nilai tambah dalam latihan untuk membantu meningkatkan persefahaman pasukan.

 

Dua bintang terkemuka bakal lapor diri dalam masa terdekat iaitu, Dion Cools dan Hector Hevel sebagai ayam tambatan mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

Ini sekali gus, menyaksikan pemain yang tinggal akan menerajui skuad kebangsaan bertempur di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). 
 

Advertisement

Must Watch Video