Skip to main content

Bola Sepak

Emery tuntut aksi cemerlang Arsenal di tempat lawan

emery-cropped_k40c3e02kvav1q9ltixxajaoj.jpg
Pengurus Arsenal, Unai Emery, mahu pasukannya lebih konsisten dan bersaing apabila beraksi di tempat lawan selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United di St James Park.

The Gunners melalui permulaan goyah apabila lebih banyak berlegar di kawasan sendiri sebelum merakamkan kemenangan kedua berturut-turut di tempat lawan buat kali pertama sejak Mei 2017.

Rembatan kencang Granit Xhaka menerusi sepakan percuma serta jaringan Mesut Ozil dalam penampilan ke-200 buat Arsenal membolehkan mereka mengutip tiga mata di tempat lawan walaupun tuan rumah cuba bangkit melalui gol saat-saat akhir hasil tandukan Ciaran Clark.

Arsenal jelas bergelut di tempat lawan pada musim lalu apabila hanya meraih satu kemenangan dalam babak kedua liga.

Kemenangan ke atas Cardiff City dan Newcastle di luar Emirates menyaksikan mereka telah menemui formula untuk mencatat kemenangan ketika melakukan kunjungan, namun Emery jelas belum berpuas hati.

"Kami gagal mengawal permainan seperti diharapkan ketika babak pertama. Kami perlu menterjemahkan idea tetapi melepaskan banyak peluang sewaktu serangan balas," kata Emery.

"Arsenal lebih seimbang dalam separuh masa kedua dan ia tidak diraih dengan mudah.

"Kunci utama adalah gol pertama kerana ia memberikan keyakinan untuk terus meningkat dalam perlawanan.

"Satu cabaran buat kami, iaitu beraksi lebih baik di tempat lawan, lebih bersaing untuk mencerahkan peluang mencipta kemenangan. Ia melibatkan aksi konsisten.

"Kami gembira dengan dua kemenangan di tempat lawan tetapi ia perlu terus berkembang serta bersaing."

Sementara itu, penjaga gol Arsenal, Petr Cech, mempamerkan aksi kurang memberangsangkan dan ketika Emery ditanya mengenai kemungkinan menurunkan Bernd Leno dalam saingan Liga Europa berdepan Vorskla Poltava pada awal pagi Jumaat ini, Emery menjawab: "Ya, kami akan melakukan perubahan dan menggunakan ramai pemain dalam kejohanan berbeza.

"Saya harus menghormati setiap pertandingan. Kebiasaannya, saya akan menggunakan penjaga gol berbeza berdasarkan kejohanan."

Advertisement

Must Watch Video