Skip to main content

Bola Sepak

Emery "realistik" akhiri dalam kelompok empat terbaik

unai-emery.jpg
Pengendali Arsenal, Unai Emery, menggesa pemain-pemainnya untuk mengambil satu perlawanan demi satu peralwanan dalam usaha untuk merebut kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

The Gunners mendaki ke tangga ketiga buat kali pertama selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United sebelum Tottenham kembali melintasi mereka selepas meraih kemenangan ke atas Crystal Palace.

Skuad bimbingan Emery masih lagi meletakkan harapan untuk mengakhiri saingan liga dalam kelompok empat terbaik, namun perlu mengekalkan persembahan terbaik ketika Chelsea dan Manchester United turut mengejar sasaran yang sama.

Aksi sukar menanti Arsenal yang akan berdepan Everton dan Emery mahu bersikap realistik dalam cabaran mereka untuk kembali ke saingan Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

"Kami mahu memastikan tidak keciciran mata tetapi bola sepak melibatkan banyak aspek, persiapan, berusaha dan bermain.

"Segalanya bergantung kepada keberkesanan pasukan di atas padang. Kami perlu kekal positif dan realistik."

Kemenangan Arsenal ke Newcastle menjadikannya yang ke-10 berturut-turut di laman sendiri sebagai pengubat duka aksi yang hambar dipamerkan ketika bertandang ke tempat lawan.

Skuad bimbingan Emery itu hanya menang satu perlawanan daripada lapan perlawanan liga ketika berkunjung ke laman lawan sementara hanya merekodkan lima kemenangan bagi musim ini.

Lima daripada tujuh baki perlawanan Arsenal musim ini terpaksa beraksi di luar London Utara, dengan bekas pengendali Sevilla dan Paris Saint-Germain (PSG) itu mahukan peningkatan dipamerkan.

"Kami mengutamakan satu perlawanan demi satu perlawanan. Kami menyedari lima daripada tujuh perlawanan adalah tugas yang sukar," katanya.

"Kami sudah mula mengumpul keyakinan dan menyedari sukar untuk melakukannya.

"Aksi berdepan Everton esok adalah penting bagi kami. Mereka akan cuba merampas mata daripada kami.

"Everton mampu mencipta kejutan, mereka telah menewaskan Chelsea dan seri dengan Liverpool," katanya lagi.

Advertisement

Must Watch Video