Pengurus Arsenal, Unai Emery, mahu Mesut Ozil berjuang untuk mendapatkan tempat dalam pasukan selepas diketepikan daripada skuad ketika menundukkan Standard Liege dalam saingan Liga Europa.
Ozil tidak disenaraikan ketika The Gunners menang 4-0 di Emirates, awal pagi tadi tatkala Gabriel Martinelli menyumbat dua gol sambil dua lagi jaringan dihasilkan oleh Joe Willock dan Dani Ceballos.
Pemain berusia 30 tahun itu hanya beraksi dua kali musim ini ketika seri 2-2 dengan Watford serta dalam kemenangan 5-0 ke atas Nottingham Forest dalam saingan Piala EFL, di mana dia diletakkan selaku kapten.
Emery memberitahu perancang itu agar berusaha keras untuk kembali mendapatkan tempat menjelang aksi liga di laman sendiri berdepan Bournemouth.
Apabila ditanya mengapa Ozil tidak disenaraikan berdepan Standard, Emery memberitahu barisan wartawan: "Saya berfikir setiap kali mahu memilih pemain terbaik dalam setiap perlawanan bagi membantu pasukan. Jika dia tidak disenaraikan, ia disebabkan pemain lain lebih layak."
Ditanya apa yang perlu dilakukan, pengendali itu menjawab: "Terus berusaha. Selepas ini ada latihan dan akan menghadapi perlawanan lain, Ahad ini. Kami akan melakukan perkara sama, memilih pemain terbaik bagi mencapai sasaran, mendapatkan kemenangan dan menyesuaikan diri dengan kesukaran menentang Bournemouth."
Dalam masa sama, Emery berpuas hati dengan prestasi Martinelli, yang turut menyumbat dua gol berdepan Forest walaupun dia tidak percaya bahawa posisi terbaik pemain muda itu adalah penyerang tengah.
"Dia beraksi dalam pramusim bersama kami dan setiap kali latihan, dia menunjukkan keinginan tinggi untuk pasukan," katanya.
"Kelajuannya memukau dan ketika pramusim, dia beraksi di posisi berbeza. Dia lebih gemar beraksi di sayap kiri dan kanan. Dia beraksi sebagai penyerang di Brazil tetapi ia bukan yang terbaik untuknya.
"Perkara pertama yang difikirkan adalah membantu kami. Prestasinya hari ini sangat hebat. Ketika pramusim, dia bersama kami sewaktu latihan dengan sempurna dan saya memintanya untuk bertenang kerana kadangkala, dia berlatih dengan keinginan tinggi.
"Sasaran kami untuk musim ini sangat penting untuk dicapai tetapi setiap pemain muda yang memiliki peluang beraksi jika tampil dengan persembahan seperti hari ini, mereka berhak bersama kami. Aksi seperti ini memang bagus kerana ia kejohanan penting selepas Liga Perdana Inggeris dan mereka layak beraksi dalam perlawanan seterusnya."
Emery juga teruja dengan persembahan Kieran Tierney yang membuka ruang untuk Martinelli menghasilkan gol pembukaan.
"Selepas kecederaan, dia kembali dengan berdisiplin, beraksi dalam perlawanan minggu lalu selama 80 minit," tambah Emery.
"Ia satu persembahan hebat. Kami lebih bagus dan persaingan dilihat di antara dia dan Sead Kolosinac di posisi bek kiri. Kami gembira dengannya."